Tahun 2020, Malaysia lebih baik atau lebih teruk?

Iklan

ANGKA 2020 memang cantik dan mudah disebut. Ya, tinggal dua hari lagi kita kena ucap selamat tinggal kepada tahun 2019 dan menyambut kedatangan tahun 2020.

Pada 1980-an, kerajaan mempunyai cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan berdaya saing pada tahun 2020. Ketika itu, seluruh rakyat Malaysia sudah berangan-angan besar.

Iklan
Iklan

Apa tidaknya, ada ramai pelukis dan tidak kurang juga kanak-kanak sudah terfikir untuk melukis poster menggambarkan suasana bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2020.

Mereka melukis Kuala Lumpur sebagai bandar raya moden di dunia. Banyak bangunan pencakar langit lagi canggih bertapak di bumi ibu kota kita; ada rel keretapi eletrik mengelilingi segenap bandar malah ada kereta terbang dilukis sebagai pengangkutan awam menghiasi di udara.

Iklan

Itu imaginasi rakyat kita lebih 30 tahun lalu. Kini tanpa kita sedari, masa berlalu dengan pantas. Akhirnya, imaginasi hanya tinggal imaginasi.

Tahun 2020 yang akan kita sambut kurang 24 jam dari sekarang rupa-rupanya indah khabar daripada rupa! Apa yang kita mimpikan pada tahun 2020 segalanya tidak muncul di depan mata.

Iklan

Lihatlah sekeliling kita pada hari ini, sudahkah kita menjadi negara maju? Adakah kita sudah mampu berdaya saing dengan negara-negara lain?

Kita terpaksa menerima kenyataan bahawa kita gagal mencapai negara maju seperti yang dimahukan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kebetulan kembali menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Malahan, bukan sahaja Malaysia gagal mencapai status negara maju dan berdaya saing, tidak dinafikan kesejahteraan rakyat masih belum cukup membanggakan.

Tahun 2020 memang dinantikan oleh semua orang. Apakah negara kita akan lebih maju atau sebaliknya? Apakah rakyat kita yang berbilang kaum dan agama ini akan lebih bersatu padu? Ini semua terletak pada keazaman kita untuk merealisasikannya.