Perak Bison ketiga terbaik

Iklan
Perak Bison muncul pasukan ketiga terbaik saingan kejuaraan STL Champions Cup 2019. -Foto Sepak Takraw League

PERAK Bison memastikan tempat ketiga kejuaraan Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2019 menjadi milik mereka selepas menewaskan Korea Haechi pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Iskandar Studio Malaysia, Johor hari ini.

Regu Perak Bison, Azwan Muhrim, Natthawut Naeprom dan Fadzil Mustafa mudah menewaskan wakil Korea Selatan pada set pertama dengan 21-13 namun terpaksa akur kebangkitan lawan apabila tewas set kedua 17-21.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun juara STL 2019 itu kembali agresif apabila bangkit pada set ketiga dengan melakar menang mudah 21-7 bagi memastikan kemenangan mutlak.

Kemenangan tersebut juga mengulangi kejayaan Perak Bison menewaskan Korea Haechi pada saingan peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Iklan

Bagi wakil Korea Selatan, mereka dilihat gagal meneruskan prestasi cemerlang mereka sewaktu saingan kumpulan selepas terpaksa akur dengan kehebatan Penang Black Panthers pada perlawanan separuh akhir semalam.

Menurut Ketua Jurulatih Perak Bison, Ismi Hissan Ismail, kejayaan menduduki tempat ketiga STL Champions Cup kali ini merupakan satu pencapaian terbaik dan melepasi sasaran yang ditetapkan.

Iklan

"Sebelum kejohanan bermula kami hanya mempunyai tempoh tiga hari untuk membuat persiapan kerana pemain masing-masing mempunyai komitmen kerja berbanding sesetengah pasukan yang telah membuat persediaan dua minggu lebih awal.

"Memang sedikit terkilan kerana gagal ke final kerana setiap pasukan bertanding ingin memenangi kejohanan ini. Namun begitu, berdasarkan sasaran ditetapkan saya maklumkan kepada pemain jika kita layak ke final ia merupakan satu bonus.

"Apa pun saya ingin mengucapkan tahniah kepada pemain Perak Bison kerana mempamerkan permainan dan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan,” katanya.

Sementara itu, Striker Perak Bison, Fadzil berkata, ia pencapaian cukup baik bagi Perak Bison memperbaiki kedudukan berbanding tahun lalu.

"Ia cukup manis untuk kami dalam saingan kejuaraan STL Champions Cup 2019.

"Kita sedar Korea Haechi sebuah pasukan kuat tetapi rakan-rakan saya menampilkan aksi terbaik dengan servis yang baik. Alhamdulillah kita memenangi perlawanan ini.

Manakala pemain Korea Haechi, Seonwoo mengakui pasukannya gagal menampilkan aksi terbaik ketika berdepan Perak Bison untuk mengakhiri saingan dengan keputusan positif.

"Pertandingan ini (STL Champions Cup) cukup berprestij kerana pasukan-pasukan yang berentap tampil mantap. Jika diberikan peluang kami akan menyertainya pada masa depan,” katanya.