Maqis rampas kayu Pencil Cedar Baulks, temui serangga perosak

Iklan
Salah seorang pegawai Maqis menunjukkan serangga perosak yang ditemui pada dagangan kayu.

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang telah merampas 33.9 tan metrik dagangan kayu jenis Pencil Cedar Baulks (palaquium warburgianum pencil) di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT) di sini pada Ahad.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, dagangan kayu berharga RM186,000 itu dibawa dari Papua New Guinea ke negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika pemeriksaan dijalankan, pegawai Maqis telah menemui serangga perosak pada dagangan kayu berkenaan di dalam sebuah kontena.

"Prosedur pintasan dan persampelan telah dijalankan terhadap konsainan itu dan sampel telah dihantar ke Makmal Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Maqis Pulau Pinang merampas 33.9 tan metrik dagangan kayu jenis Pencil Cedar Baulks di NBCT pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, keputusan Analisa Penyaringan Perosak mendapati spesies yang ditemui adalah jenis Long-horned beetle (chloridolum dorycum) iaitu spesies serangga perosak yang berisiko tinggi terhadap komoditi pertanian negara.

"Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, tanih dan mikroorganisma yang mempunyai perosak adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Dan Pemeriksaan Malaysia 2011[Akta 728].

Iklan

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Jelas beliau, Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di semua pintu masuk negara bagi menyekat kehadiran perosak yang boleh merebak serta menyebabkan penularan berbahaya terhadap industri pertanian negara bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat di negara ini.