10kg putu halba laris dalam banjir
Iklan
BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023
Banjir memberi rezeki kepada seorang peniaga apabila putu halba yang dijualnya laris hingga 10 kilogram (kg) sehari di pekan Rantau Panjang, Kelantan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Iklan
Iklan
Ibu tunggal, Azizah Abdul Rahman yang berusia 53 tahun, baru dua minggu menjual kuih musim bah tersebut sambil dibantu dua anaknya selain kali pertama berniaga dalam keadaan banjir di pekan berkenaan.
Azizah juga terpaksa mengangkut barangan jualannya menggunakan kerana laluan sejauh 50 meter dari rumah ke gerai tempat dia berniaga sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter.
Iklan
"Air baru naik petang semalam (Sabtu) dan saya masih lagi meneruskan jualan dengan menambah daripada 5kg kepada 10kg adunan putu halba.
"Jualan ini akan habis sebelum Asar atau lebih cepat lagi apabila hujan kerana ramai yang datang membeli putu halba,” katanya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, pada Ahad.
Iklan
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/637897/edisi/kelantan/10kg-putu-halba-laris-ketika-banjir
Muzik: Elevate/bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Anak muda Kelantan 'banjiri' Golok untuk berhibur" /><meta itemprop="description" content="Anak muda Kelantan 'banjiri' Golok untuk berhibur
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand di sini menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat Serambi Makkah terutama anak muda pada hujung minggu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Rakyat Kelantan hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk berhibur di sana, selain menikmati 'sajian' dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan di sana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan sekerjanya di sana kelmarin mendedahkan ramai anak muda dari negeri ini ke sana untuk berhibur terutama pada Jumaat dan Sabtu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #pusathiburan #Golok" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-04T13:20:02.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XIshK1dACe_yaaxQD/x120" /><meta itemprop="duration" content="P170S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x98kjbo" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x98kjbo"></script>