PUTRAJAYA - Kemenangan besar Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu lalu tidak membawa sebarang perubahan kepada kedudukan kerajaan dalam Parlimen ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, kerusi tersebut sememangnya disandang oleh wakil Perikatan Nasional (PN) sebelum kemenangannya dibatalkan dan seterusnya kembali dimenangi oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.