SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng yang meninggal dunia pada Ahad.
Menteri Besar dalam satu hantaran di laman Facebooknya berharap keluarga mendiang yang juga mantan Ahli Parlimen Bakri itu tabah dalam menghadapi ujian.