Aplikasi Setel 'lumpuh' sebab tuntutan eMadani

Iklan
Perkhidmatan Setel yang sering digunakan untuk mengisi minyak menghadapi masalah teknikal dan sukar untuk digunakan.

SHAH ALAM - Perkhidmatan Setel yang sering digunakan untuk mengisi minyak kini menghadapi masalah teknikal dan sukar untuk digunakan.

Ini disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi diterima aplikasi berkenaan untuk penebusan kredit RM100 eMadani.

Iklan
Iklan

Disebabkan oleh perkara ini, semua pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan. Pihak Setel menyatakan mereka sedang berusaha untuk memulihkan aplikasi secepat mungkin.

Ini adalah kali pertama dompet digital Setel dan MAE terpilih untuk pemberian inisiatif dompet digital oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

Berkemungkinan disebabkan oleh itu, persediaan trafik yang tinggi tidak dianggarkan dengan betul, membawa kepada masalah teknikal yang menjejaskan semua pengguna perkhidmatan berkenaan. - Awani