Perahu terbalik, isteri tarik mayat suami 200 meter ke darat

Iklan
Nor Zubaila tidak dapat menahan sebak menceritakan kembali peristiwa yang berlaku.

RANTAU PANJANG - Seorang isteri sanggup mengerah kudratnya untuk menarik mayat suami sejauh 200 meter ke darat selepas perahu yang dinaiki dipercayai terbalik di Kampung Bakat, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohd Kamarudin Yahya, 44, difahamkan keluar untuk mengangkat pukat berhampiran kawasan rumah mereka.

Iklan
Iklan

Nor Zubaila Ramli, 36, berkata, pada awalnya mereka bersama empat anak berusia tiga hingga 16 tahun menetap di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi selepas rumah dinaiki air sejak Sabtu lalu.

Jenazah Mohd Kamarudin dibawa pihak berkuasa untuk diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Pasir Mas.

"Hari ini saya bersama suami dan tiga anak pulang ke rumah sekejap.

Iklan

"Apabila sampai di rumah, suami memberitahu hendak keluar mengangkat pukat. Saya hendak ikut tapi suami tidak izinkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas pada Isnin.

Menurut dia, kemudian anak ketiga mereka, Mohd Arash Abshar Mohd Kamarudin, 7, tetap berdegil hendak mengikut suami dan sempat duduk di dalam perahu tersebut.

Iklan

Ujarnya, bagaimanapun suami telah memujuk dan mengarahkan Mohd Arash supaya tinggal di rumah.

Lokasi di mana perahu dinaiki Mohd Kamarudin terbalik.

Nor Zubaila memberitahu, tanpa disedarinya suami telah hilang dari pandangan meninggalkan dia dan anak-anak di rumah.

"Sejam lebih kemudian datang seorang remaja menaiki perahu memberitahu perahu suami terbalik.

"Sampai di sana saya lihat suami sudah tidak sedarkan diri dan dengan kudrat yang ada menarik badannya dengan tangan manakala remaja itu mengayuh perahu ke darat," katanya.

Nor Zubaila bersama anak-anak di Unit Forensik Hospital Pasir Mas.

Dia memberitahu, apabila sampai di darat suami tidak memberikan sebarang tindak balas apabila dipanggil berulang kali.

Menurut dia, jenazah suami akan dibawa pulang ke Gua Musang untuk dikebumikan di sana.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.