Gesa PDRM tangkap penyokong Israel

Iklan
Tangkap layar memaparkan seorang individu yang didakwa mencadangkan Israel membuka kedutaan di negara ini. Gambar kanan: Hantaran di X @drhasifi berkenaan individu yang didakwa penyokong Zionis.

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa untuk menangkap seorang individu dipercayai penyokong tegar Israel yang mencadangkan supaya negara itu membuka kedutaan di Malaysia.

Pemilik akaun Wan Hasifi Amin atau @drhasifi berkata, individu berkenaan perlu dilucutkan kerakyatan kerana didakwa sering menyebarkan propaganda Zionis.

Iklan
Iklan

"Sila buat laporan polis beramai-ramai terhadap dia. Boleh jadi dia mendapat bayaran daripada Israel untuk menormalisasikan Israel di Malaysia, sehingga mencadangkan Israel membuka kedutaan di Malaysia.

"Google sahaja nama dia terus jumpa... dia rupanya mengasaskan gerakan untuk cinta Israel.

Iklan

Mengulas lanjut, menurut Wan Hasifi, terdapat video lelaki terbabit bersama seorang pempengaruh Israel didakwa sebagai warga Malaysia tetapi langsung tidak memaparkan identiti itu di blog kepunyaannya.

Tambahnya, individu itu turut mengasaskan gerakan untuk menyokong Israel.

Iklan

"Sah! Dia merupakan seorang Zionis dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Zionist and Chinese Republican’.

"Individu seperti ini tidak layak memegang kerakyatan Malaysia,” ujarnya.