Dasar Gaji Progresif bantu tingkat simpanan persaraan KWSP
Iklan
SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yakin Dasar Gaji Progresif dapat meningkatkan simpanan persaraan ahli sebanyak 54 peratus pada masa akan datang.
Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Balqais Yusoff berkata, jika ahli tersebut mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga peratus, simpanan tersebut akan meningkat kepada RM64,500 pada usia 30 tahun dan RM512,500 pada usia 55 tahun.