Wajibkah tanam kuku yang dipotong dan rambut gugur?

Iklan
DISUNATKAN untuk menanam apa-apa sahaja yang terpotong daripada tubuh kita. -Gambar hiasan

APABILA nampak sisa kuku yang dipotong, cepat sahaja kita mengutipnya. Begitu juga dengan rambut yang gugur.

Kebanyakan daripada kita akan membuangnya. Namun begitu, ada juga yang lebih suka mengambil pendekatan mengumpulnya sebelum ditanam.

Iklan
Iklan

Sebenarnya, wajibkah kita tanam kuku yang dipotong itu dan rambut yang gugur tadi?

USTAZ ADDIEN

Iklan

"Ia termasuklah rambut, kuku, uri, organ, darah dan sebagainya.

"Andai dibuang ke dalam tong sampah pun, tidak mengapa, harus (hukumnya). Demikian yang disebutkan dalam kitab al-Majmu’ dan Nihayah al-Muhtaj,” katanya sebagaimana dipetik menerusi platform X miliknya.

Iklan

Pendek kata, Ustaz Addien yang juga penulis buku kerohanian menjelaskan, tidak wajib bagi kita menanamnya, tetapi jika ia dilakukan, itulah perbuatan yang baik.

"Tiada dalil hadis, tetapi ada dalil amalan sebahagian sahabat dan salaf,” katanya.

Ketahuilah bahawa semua yang terpotong ataupun terpisah daripada tubuh adalah bahagian badan kita, ungkapnya.

Justeru, katanya, ia perlu dimuliakan dan diurus dengan baik.

"Selain itu, tujuannya adalah untuk elak dimakan, disepahkan atau diusung oleh haiwan. Pada zaman dulu, tiada sistem pengurusan sampah seperti sekarang.

ANTARA hikmah mengapa kita disunatkan menanam kuku yang dipotong dan rambut gugur kerana mengelak daripada perbuatan khianat dan sihir. -Gambar hiasan/ Foto: FREEPIK

"Maka, tanam merupakan cara terbaik,” terangnya panjang lebar.