GUA MUSANG - Seorang pengedar dadah sempat bergelut dengan anggota polis semasa serbuan dilakukan di tepi jalan Sungai Asap B, di sini pada Isnin.
Penahanan lelaki berusia 46 tahun itu pada jam 1 petang membawa kepada rampasan 1,070 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM11,920.