Dah tiga hari tak sedap hati, rupa-rupanya...

Iklan
Norhasyelawati tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kejadian itu.

YAN - Seorang ibu trauma apabila kehilangan dua anaknya serentak selepas dikelar oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah.

Norhasyelawati Yusof, 37, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama dua anaknya di dalam bilik.

Iklan
Iklan

Katanya, selepas terdengar jeritan seorang lelaki memanggil suaminya dia terus keluar bilik dan melihat abang iparnya Sobri Saad, 52, dilibas dengan parang oleh seorang lelaki.

"Saya nampak lelaki tu libas abang ipar saya dan selepas abang ipar lari keluar rumah dia menerpa ke arah saya," katanya.

Iklan

Norhasyelawati berkata, nasib menyebelahinya apabila parang yang dilibas ke arahnya terkena kain langsir.

"Saya yang terkejut dengan tindakannya itu terus berlari keluar rumah meminta bantuan kakak yang tinggal di sebelah rumah.

Norhasyelawati tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kejadian itu.

Iklan

"Masa di rumah kakak, lelaki berkenaan keluar rumah dan menjerit yang dia dah selamat mandikan darah untuk anak saya.

"Dia keluar rumah dan mengambil motosikal lalu pergi meninggalkan kami dan saya bergegas masuk ke dalam rumah dan melihat dua anak saya sudahpun dipenuhi darah.

"Mujur anak saya yang sulung Muhamad Hakim, 7, tidur bersama neneknya di bilik sebelah tidak diganggu," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik maut disembelih]

Mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 dan adiknya Muhamad Hafiz setahun cedera parah di bahagian leher dan kepala.

Norhasyelawati berkata, ketika kejadian suaminya, Idris Saad, 47, tiada di rumah kerana pergi ke laut.

"Saya dah tiga hari tak sedap hati. Rasa macam berat nak tinggal anak-anak sendirian rupanya ini kejadian yang akan berlaku.

"Anak saya, Muhamad Hafiz masih lagi menyusu badan dan kehilangan ini sangat berat buat diri saya," katanya sambil menahan sebak.

Nenek mangsa, Jamilah Ismail.

Sementara itu nenek mangsa, Jamilah Ismail, 60, berkata ketika kejadian dia berada di bilik berasingan bersama Muhamad Hakim.

"Saya belum lagi lena dan terdengar bising di luar rumah dan bergegas keluar melihat anak saya menangis.

"Dia kata ada orang tengah sembelih anak dalam bilik dan kami yang ketakutan cuba meminta bantuan namun malangnya tiada orang pada ketika itu," katanya.

Jamilah berkata, dia terkilan dengan pemergian dua cucu kesayangannya itu.

"Saya terkilan sebab Nurul Hanim tidur sejak jam 6 petang semalam dan hanya bangun pada jam 9 malam.

"Saya tanya dia nak nasi tak dan dia tidak menjawab lalu menyambung tidur. Hairan juga saya sebab selalu dia akan makan dahulu sebelum tidur," katanya.

Dalam kejadian sama, Sobri, yang merupakan bapa saudara mangsa turut menerima 10 jahitan ekoran terkena libasan parang suspek.

Bapa saudara mangsa, Sobri Saad, 52, turut cedera dilibas parang.

Menurut Sobri, dia berada di tingkat atas rumah berkenaan dan turun apabila terdengar orang memanggil adiknya.

"Elok saya turun tangga terus lelaki tu libas saya dengan parang dan terkena telinga sebelah kiri.

"Lelaki tu mengamuk cari adik saya sambil minta nyawa dan saya terus berlari keluar rumah memohon bantuan.

"Tak sangka pula dia akan masuk ke bilik anak saudara dan mengelar depa," katanya.

Sebelum ke rumah mangsa, lelaki berkenaan dikatakan sudahpun mengamuk di kawasan surau kampung berkenaan.

Mangsa, Mohd Shukri Halim, 39, berkata dia menunggang motosikal pada jam 11 malam untuk pergi bekerja di sebuah kilang yang terletak di Gurun.

"Masa sampai simpang di surau lelaki tu tahan saya, saya pun berhenti la ingat dia nak lalu tapi dia terus hentam saya dengan kayu.

"Nasib baik saya pakai helmet dan tanpa berlengah saya terus menyelamatkan diri," katanya.

Saudara terdekat mangsa menunjukkan lokasi dua beradik itu dikelar suspek sebelum melarikan diri.