[VIDEO] Juvana mengaku salah cabul remaja

Iklan

JEMPOL - Seorang pekerja kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, di sini pada Selasa atas pertuduhan mencabul remaja perempuan bawah umur pada Oktober lalu.

Tertuduh juvana lelaki berusia 16 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 25 Oktober lalu jam lebih kurang 11 malam di sebuah taman perumahan di Bahau telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak yang berusia 15 tahun.

Sehubungan itu, dia telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 - Kesalahan mencabul seorang kanak-kanak, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan
Mahkamah menetapkan 20 Februari tahun hadapan untuk pendengaran laporan akhlak, sebelum hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 20 Februari tahun hadapan untuk pendengaran laporan akhlak, sebelum hukuman dijatuhkan.

Iklan

Berdasarkan fakta kes mangsa yang masih bersekolah menumpang tidur di rumah suspek selepas lari dari rumah di Kuala Lumpur.

Seorang pekerja kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Selasa atas pertuduhan mencabul remaja perempuan bawah umur pada Oktober lalu.

Suspek tidak bersekolah dan kejadian cabul berlaku semasa mangsa sedang tidur yang mana ini adalah kejadian pertama kali berlaku ke atas mangsa.