Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan

Iklan
Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki menjual syiling emas berpotretkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tanpa kebenaran.

Suspek berusia 30 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Seri Gombak, petang, semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas tiga keping syiling emas berkenaan yang dianggarkan bernilai RM8,000 setiap satu dan buku katalog.

Menurutnya, penahanan suspek itu susulan laporan polis pegawai penyelaras keselamatan Pemangku Raja Pahang selepas menerima titah baginda berhubung penjualan syiling emas dengan gambar baginda, Sultan Pahang dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran, 28 Disember lalu.

Iklan

"Suspek dibawa ke Kuantan untuk siasatan lanjut dan ditahan reman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Iklan