[VIDEO] Harimau Belang baham lembu di Machang

Iklan

MACHANG - Selepas Gua Musang, harimau belang dikatakan muncul di kawasan Bukit Bakar di sini sehingga mengemparkan penduduk sekitar pada Isnin.

Kemunculan haiwan karnivor itu turut mengejutkan para pekerja di tapak pembinaan lebuh raya Bukit Tiu-Kampung Berangan Mek Nab apabila bangkai seekor lembu ditemukan mati dipercayai dibaham pak belang.

Iklan
Iklan

Pekerja tapak binaan, Hanif Che Aziz, 26, berkata, selain bangkai lembu banyak kesan tapak kaki pak belang ditemui di kawasan terbabit.

"Sebelum ini pekerja di sini pernah melihat kelibat harimau belang betina bersama anaknya.

Iklan
Hanif menunjukkan lokasi kemunculan harimau belang di kawasan Bukit Bakar, Machang.

"Kali ini kami menjangkakan harimau belang jantan kerana saiz tapak kakinya yang besar," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut dia, sejak kejadian itu semua pekerja menjalankan tugas dalam keadaan berhati-hati dan ketakutan.

Iklan

"Kami menjangkakan ia akan kembali semula untuk mendapatkan makanan.

"Sebelum ini setakat harimau kumbang, kami sudah biasa. Namun kali ini melihat kepada kesan tapak kaki pak belang yang besar, kami sedikit gerun," katanya.

Bangkai seekor lembu ditemukan mati dipercayai dibaham pak belang. - Foto Ihsan pembaca (Antara kesan yang ditinggalkan oleh harimah belang di kawasan Bukit Bakar, Machang.)

Ujar dia, lokasi tersebut selain sibuk dengan tapak pembinaan lebuh raya, ia juga terdapat kebun, ladang getah serta berhampiran pusat peranginan.

Menurut Tuan Mohd Faris Zairi, mereka hanya mampu berdoa supaya haiwan liar tersebut tidak mengganggu penduduk.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara tersebut.

Tuan Mohd Faris Zairi menunjukkan kesan tapak kaki harimau belang.