Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu

Iklan
Tertuduh (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Selasa.

KOTA KINABALU - Seorang pemilik sebuah syarikat mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh Bakruni Juani, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas dibacakan pertuduhan terhadapnya.

Iklan
Iklan

Menurut pertuduhan, pada tahun 2020 dan 2021, syarikat Aquamiste Legacy milik tertuduh telah mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM315,600 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tertuduh membuat tuntutan itu untuk memperoleh peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) 2.0 bagi melaksanakan 'Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan' sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan mengikut prosedur dan syarat yang sepatutnya.

Iklan

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dibawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan satu lagi pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 dan deposit RM2,000 berserta seorang penjamin.

Iklan

Selain itu, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan diarahkan melaporkan diri sekali setiap dua bulan di pejabat SPRM Sabah.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaan semula kes tertuduh pada 16 Januari depan.

Sebelum itu, tertuduh diwakili oleh peguamnya, Rahimah Majid.