TOKYO - Seorang pemandu teksi di Jepun ditahan kerana disyaki melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar negara itu apabila melanggar dan membunuh seekor burung merpati di atas jalan raya di tengah Tokyo, lapor polis tempatan pada Selasa.
Pemandu lelaki berusia 50 tahun itu ditahan kerana disyaki dengan sengaja memandu ke arah sekumpulan merpati di daerah Shinjuku dan membunuh seekor daripadanya pada November, lapor Xinhua memetik kenyataan Jabatan Polis Metropolitan.