Budak meninggal dunia dalam penerbangan ke Seattle

Iklan
Pesawat Delta Airlines 2423 ke Seattle berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa LA, namun mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Agensi

LOS ANGELES - Seorang budak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia beberapa minit selepas pesawat yang dinaiki berlepas ke Seattle Khamis lalu.

Jurucakap pegawai kecemasan pesawat Delta Airlines berkata, kematian kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu disyaki kerana kegagalan jantung sejurus pesawat memulakan penerbangan meninggalkan Los Angeles pada malam itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa telah mendapat bantuan perubatan kecemasan di dalam pesawat, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kematiannya akan diketahui sebaik selesai bedah siasat, namun tiada tanda-tanda mencurigakan berhubung insiden itu.

"Penerbangan Delta 2423 ke Seattle berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa LA sejurus selepas berlepas kerana situasi kecemasan dan paramedik telah berusaha untuk menyelamatkan nyawa mangsa, namun gagal apabila kanak-kanak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Delta Airlines sedang berusaha untuk menampung semula kos penumpang ke destinasi terakhir mereka," katanya. - Agensi