JOHOR BAHRU - Lima anggota polis trafik bertindak pantas membersihkan longkang yang tersumbat bagi melancarkan lalu lintas pada waktu puncak, pada petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hujan lebat pada sebelah petang, menyebabkan laluan menghala ke susur Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), berdekatan sebuah stesen minyak dinaiki air.