Ahmad Said wajar lepas jawatan
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu berjiwa besar dan wajar berundur secara terhormat daripada jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Pengerusi UMNO negeri dan Ketua UMNO Bahagian Kemaman susulan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.
Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa berkata, UMNO Terengganu dan UMNO Bahagian Kemaman perlu dipimpin oleh muka baharu yang lebih segar bagi membawa perubahan selari dengan kehendak akar umbi serta perkembangan politik semasa tanah air.