Lalu lintas sesak teruk punca rakyat Malaysia makin hilang sabar

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya disebabkan pertumbuhan ekonomi pesat sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk adalah antara sebab rakyat Malaysia semakin hilang sifat sabar.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, situasi terpaksa berada dalam kenderaan bagi tempoh yang lama terutama ketika memulakan hari dan selepas penat bekerja menimbulkan kegelisahan dalam diri seseorang.

Iklan
Iklan
Fauziah

"Lebih teruk jika pengguna jalan raya ini mempunyai masalah kesihatan seperti depresi, stres dan kebimbangan melampau.

"Keadaan ini mempengaruhi tingkah laku di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa memutuskan seorang bekas pekerja teknologi maklumat, Yew Wei Liang bersalah menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara-Selatan, empat tahun lalu.

Hakim Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Iklan

Insiden itu bermula dengan perebutan lorong tol sebelum tercetus pergaduhan dan adegan kejar-mengejar yang membawa kepada kematian mangsa.

Salah satu pergaduhan di jalan raya yang tular di media sosial tidak lama dahulu.

Tambah Fauziah, tekanan hidup sehingga mengganggu emosi turut menjadi penyumbang kepada perlakuan kurang beretika di jalan raya.

"Mereka boleh bertindak agresif dan berisiko menyebabkan ketegangan sehingga tercetus pergaduhan dalam kalangan pengguna jalan raya.

"Selain itu, kebergantungan tinggi terhadap kenderaan sendiri turut menyumbang kepada ketegangan ini terutama apabila infrastruktur pengangkutan awam tidak memadai,” katanya.