KEJUARAAN bola sepak terbesar Amerika Selatan, Copa America Amerika Syarikat 2024 tahun depan, dijadualkan berlangsung di 14 bandar AS, dengan perlawanan akhir di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida.
Konfederasi Bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) juga mengumumkan separuh akhir pertama diadakan di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey selain di Stadium Bank of America di Charlotte, North Carolina, manakala aksi suku akhir di Arlington, Houston, Las Vegas dan Glendale.
Iklan
Iklan
Sebagai rekod, kejuaraan yang bermula pada 20 Jun hingga 14 Julai itu menampilkan 32 perlawanan dengan 16 pasukan yang mengambil bahagian 10 dari CONMEBOL dan enam dari CONCACAF, yang meliputi Amerika Utara dan tengah dan Caribbean.
CONMEBOL sebelum ini mengumumkan bahawa perlawanan pembukaan kejuaraan berprestij akan diadakan di Stadium Mercedes-Benz di Atlanta, Georgia.
Bandar-bandar tuan rumah lain ialah Las Vegas, Orlando, Santa Clara, Inglewood, Kansas City, Missouri dan Kansas City, Kansas.
Undian untuk Copa America 2024 berlangsung pada Jumaat dengan aksi Argentina mengalahkan tuan rumah Brazil di Copa America 2021 untuk gelaran utama pertama mereka dalam 28 tahun.
Artikel Berkaitan