Kami berada di arah yang betul - Ten Hag

Iklan
Ten Hag

ERIK ten Hag menggesa hierarki Manchester United untuk terus mempercayainya berdasarkan rekod prestasinya yang membuktikan dia adalah individu tepat dalam mengembalikan semula kegemilangan The Red Devils yang dibelenggu pelbagai masalah tersebut.

Ten Hag sebelum ini dikritik berikutan permulaan musim hambar dengan harapan tinggi selepas pengendali dari Belanda itu membawa United memenangi trofi pertama dalam tempoh enam tahun lalu.

Iklan
Iklan

Bekas pengendali kelab Liga Belanda, Ajax Amsterdam itu dijangka mengetuai pasukan mencabar kejuaraan musim ini setelah memenangi Piala Liga, mara ke final Piala FA dan menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Namun sebaliknya, kekalahan 0-1 di Newcastle merupakan kekalahan ke-10 United dalam 21 perlawanan semua pertandingan, menjadikan mereka ketinggalan lima mata daripada empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Iklan

United, yang menjadi tuan rumah kepada Chelsea pada Khamis, juga berada dalam bahaya besar untuk tersingkir daripada Liga Juara-Juara apabila menentang Bayern Munich ketika perlawanan terakhir kumpulan minggu depan.

Masalah dijangka terus menimpa United apabila terdapat laporan sebahagian skuad The Red Red Devils mula kecewa corak dan disiplin kerasnya semasa sesi latihan.

Iklan

Namun Ten Hag tampil menegaskan dia akan membuktikan tindakan pemilik United, keluarga Glazer memilihnya mengemudi kelab tersebut adalah tepat.

"Akan ada masa sukar dalam setiap perjalanan. Kami berada di arah yang betul. Saya tahu kita akan sampai ke sana di mana kita mahu. Lihat sahaja rekod saya.

"Di mana-mana sahaja saya berada, setiap musim, saya mendapat sasaran saya, jadi jika kita berpegang teguh, berpegang pada rancangan dan strategi, kita akan sampai ke tempat yang kita mahu,” katanya Ten Hag.

Ditanya dalam jangka masa yang realistik untuk mengembalikan United ke tahap sama, Ten Hag berkata:"Pertama sekali, saya tidak boleh katakan di kelab ini kami menunggu selama dua, tiga tahun.

"Saya menuntut pasukan dan pemain saya untuk memenangi setiap perlawanan. Tidak kira siapa lawan, saya akan berpegang pada itu," katanya.