Banjir: 1,968 polis Pahang sedia diatur gerak bila-bila masa

Iklan
Kelihatan seorang remaja menunggang kuda di Pantai Batu Hitam, Kuantan dalam suasana mendung pada Ahad lalu. Cuaca mendung kadangkala hujan berterusan landa pantai timur berikutan Monsun Timur Laut dijangka hingga Mac tahun depan. - Foto Bernama

KUANTAN - Polis Kontinjen Pahang sedia menggerakkan 1,968 anggota dan pegawainya bagi menghadapi bencana banjir di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, aset PDRM seluruh Kontinjen Pahang terdiri daripada 30 bot, 39 kenderaan pacuan empat roda dan 25 lori juga berada dalam mod sedia untuk dikerahkan pada bila-bila masa.

Yahaya menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang pegawainya sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang di IPK Pahang di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketua-ketua jabatan dan ketua polis daerah telah diarahkan untuk membuat perancangan rapi dalam menghadapi bencana banjir.

"Begitu juga Ketenteraman Awam Kontinjen Pahang perlu memperkukuh perancangan sedia ada, khasnya dari segi penugasan dan pelan keselamatan.

Iklan

"Persediaan yang mapan dan mantap perlu dilaksanakan khususnya kesiapsiagaan aset-aset strategik serta kekuatan penugasan pasukan polis yang boleh diatur gerak pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Yahaya berkata, warga Polis Pahang terkesan banjir diingatkan agar sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, sentiasa berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Saya mengambil berat perkara ini dan menyeru agar kebajikan pegawai dan anggota polis yang terjejas banjir diberi bantuan segera bagi meringankan beban yang dihadapi," katanya.