EcoFirst, CSCEC berpadu tenaga bangunkan KL48

Iklan
Wilbert (dua dari kanan) dan wakil CSCEC menunjukkan dokumen kontrak yang ditandatangani sambil disaksikan Jian Wen (kiri) dan Pengarah Eksekutif EcoFirst, Datuk Kenneth Teoh (kanan) pada majlis yang diadakan di ibu negara, pada Selasa.

SYARIKAT pemaju terkemuka dengan prestasi kukuh di Papan Utama Bursa, EcoFirst Consolidated Bhd (EcoFirst) berpadu tenaga dengan China State Construction Engineering Corporation Ltd (CSCEC) membangunkan projek kediaman KL48 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1 bilion.

Tersergam indah di atas tanah pegangan bebas seluas 1.69 hektar di Sungai Besi, KL48 gah berdiri sebagai mercu tanda kehidupan moden, meliputi dua blok apartmen berservis sebanyak 1,700 unit dan sembilan unit ruang runcit.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EcoFirst, Wilbert Goh berkata, dilancarkan secara rasmi pada Mei 2023, tarikan KL48 melangkaui jangkaan sehinggakan mencecah langganan pada kadar luar biasa sebanyak 80 peratus.

"Respons sedemikian mencerminkan keutuhan projek dalam memenuhi selera pembeli yang mengutamakan kriteria kediaman pelbagai guna dengan suntikan serba mewah.

Iklan

"Pencapaian sebegini memberikan isyarat bahawa projek KL48 bakal siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027,” katanya pada majlis menandatangani kontrak bersama China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd bagi anugerah kerja-kerja suprastruktur KL48 yang bernilai kira-kira RM389 juta, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Wilbert memberitahu, usaha sama dengan CSCEC itu menandakan langkah besar pihaknya dalam merealisasikan visi KL48.

Iklan

"Matlamatnya bukan sahaja untuk memenuhi kriteria bahkan melangkaui jangkaan, selain menyiapkan bangunan berkualiti tinggi mengikut garis masa yang dipercepat.

"Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan penggabungan dua entiti malahan menandakan gabungan kepakaran dan visi yang dikongsi bersama dalam keunggulan seni bina,” ujarnya.

CSCEC merupakan syarikat gergasi pembinaan dunia yang menduduki tempat ke-13 dalam senarai Fortune Global 500.

Melangkaui daya tarikan estetik sekitar KL48, Wilbert menegaskan, EcoFirst Consolidated Bhd juga menekankan komitmen untuk menjadi yang terbaik dengan mendapatkan sokongan kewangan yang kukuh daripada Ambank.

"Kerjasama strategik ini dapat memastikan pelaksanaan projek bernilai besar ini berjalan lancar, sekali gus menyediakan asas yang kukuh dalam menarik keyakinan dalam kalangan pelabur dan pembeli rumah,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar China Construction Eighth Engineering Division Corp Ltd Cawangan China Selatan, Sun Jian Wen berkata, kedua-dua pihak akan berusaha memastikan projek itu siap mengikut jadual.

"Acara menandatangani ini menandakan titik permulaan baru untuk pembinaan projek KL48. Kami akan melakukan segala usaha untuk memastikan projek ini siap tepat pada masanya dengan kecekapan pengeluaran yang tinggi, kualiti dan keselamatan yang terjamin," katanya.

Memandangkan KL48 menarik minat pelabur dan pembeli rumah secara bertali arus, EcoFirst Consolidated Bhd menjangkakan garis masa projek siap dengan China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd selaku kontraktor utama bagi kerja-kerja suprastruktur dapat dipercepat.

Dengan memanfaatkan keupayaan pembinaan CSCEC yang disegani ramai, kerjasama ini berdaya menetapkan standard baharu dalam industri, bukan sekadar memastikan struktur dapat disiapkan sepenuhnya namun menjadi manifestasi ikon kemahiran dalam seni bina.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berkenaan KL48 boleh melayari laman web www.kl48.com.my.