Polis nafi tangkap Papagomo

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan telah menahan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyangkal perkara tersebut susulan dakwaan bahawa Papagomo ditahan semasa membuat sesi siaran langsung menerusi media sosial miliknya.

Iklan
Iklan

"Kita tidak membuat sebarang tangkapan ke atas Papagomo, semalam (pada Selasa)," katanya ringkas ketika dihubungi pada Rabu

Dakwaan Papagomo ditahan timbul selepas blogger, Raja Petra Raja Kamarudin memaklumkan di aplikasi X bahawa Papagomo telah ditahan.

Iklan

Katanya, penahanan terhadap Papagomo itu dibuat semasa sesi siaran langsung di platform media sosial TikTok.

Maklumat berhubung penangkapan Papagomo telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Iklan