Bapa mohon bantuan kesan anak perempuan hilang

Iklan
Siti Safikah berusia 19 tahun hilang pada Selasa.

PASIR MAS - Seorang bapa merayu bantuan orang ramai untuk mengesan anak perempuannya berusia 19 tahun yang hilang pada Selasa.

Ibrahim Seman, 56, dari Kampung Tok Derpah di sini berkata, kehilangan Siti Safikah Ibrahim disedari sekitar jam 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebelum itu dia ada di rumah. Tetapi apabila saya terjaga dari tidur, Siti Safikah sudah tiada," katanya kepada pemberita.

Menurut dia, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejak anak ke tujuh daripada lapan beradik itu.

Iklan

Ibrahim memberitahu, dia meminta anaknya untuk berhenti bekerja di sebuah kedai makan.

"Siti Safikah tidak bersetuju. Namun tidak pernah terfikir dia akan menghilangkan diri seperti ini.

Iklan

"Saya merayu kepada Siti Safikah untuk segera pulang kerana kami bimbangkan keselamatannya," katanya.

Dia berharap orang ramai yang ada mengenali atau melihat anaknya itu agar menghubungi talian 013-9554420.