JPS ramal banjir di dua kawasan di Kubang Pasu

Iklan

ALOR SETAR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan dua kawasan di daerah Kubang Pasu berisiko dilanda banjir antara 1 tengah hari hingga 7 malam ini.

Menurut hebahan amaran yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), dua kawasan tersebut adalah kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer sekitar Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas.

Iklan
Iklan

"Susulan hasil simulasi model Ramalan Trend Aras Air, JPS Malaysia meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai boleh berlaku di lokasi tersebut pada waktu dinyatakan sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kedah.

"Banjir yang diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan,” menurut hebahan tersebut.

Iklan

Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Bagi mendapat maklumat lanjut, orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir. - Bernama

Iklan