Bekas presiden Peru, Fujimori dipenjara 25 tahun dibebaskan

Iklan
Fujimori - Gambar fail AFP

BUENOS AIRES - Mahkamah perlembagaan Peru membebaskan bekas Presiden Peru Alberto Fujimori, yang telah menjalani hukuman penjara 25 tahun, lapor Sputnik.

Mahkamah memerintahkan pembebasan segera Fujimori, 85, pada hari yang sama atas sebab kemanusiaan, lapor radio RPP pada Selasa.

Iklan
Iklan

Fujimori memegang jawatan presiden dari 1990 hingga 2000. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menghadapi tuduhan rasuah dan pencabulan hak asasi manusia berhubung operasi anti-Pengganas pada 1990-an, yang mengorbankan 25 orang.

Pada tahun 2000, beliau melarikan diri ke Jepun, tetapi diekstradisi ke Peru pada 2007 dan dua tahun kemudian diperintah menjalani hukuman penjara selama 25 tahun.

Iklan

Pada 2017, bekas presiden itu diberikan pengampunan atas dasar kemanusiaan disebabkan penyakitnya, namun keputusan itu dibatalkan pada 2018. - Bernama-Sputnik

Iklan