Guru wanita rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'

Iklan
Seorang guru wanita kerugian RM150,000 selepas menjadi mangsa sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai MCMC pada 19 Oktober lepas. - Gambar hiasan

KUCHING - Seorang guru wanita kerugian RM150,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam telefon (phone scam) yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 19 Oktober lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa yang berusia awal 30-an dari daerah Saratok itu, telah menerima panggilan daripada MCMC menyatakan nombor telefonnya telah digunakan untuk membuat iklan palsu di Seremban.

Iklan
Iklan

"Panggilan itu kemudian disambungkan ke beberapa individu sebelum mangsa diarahkan membuat pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan kononnya bagi siasatan pihak Bank Negara.

Mancha berkata, pada Selasa lepas mangsa sekali lagi diminta oleh suspek untuk mengeluarkan duit sebanyak RM29,000 serta diarahkan membaling duit itu di kawasan semak.

Iklan

Menurutnya, wanita itu menuruti arahan suspek tetapi semasa berpatah balik dia mendapati duit tersebut sudah tiada dan ketika itu baru mangsa tersedar dirinya telah ditipu. - Bernama

Iklan