'Pearly-Thinaah tak gaduh lagi'

Iklan
Thinaah (kiri) dan Pearly bersalaman sambil tersenyum ketika sesi latihan di ABM, Bukit Kiara. - Foto Instagram Rexy

PSERSELISIHAN faham yang tercetus antara beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencapai titik noktah.

Perkhabaran itu dikongsi Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang memberi bayangan bahawa pasangan itu sudah kembali tersenyum.

Iklan
Iklan

Jurulatih dari Indonesia itu menerusi hantaran di Instagramnya, memuat naik foto kedua-dua anak didiknya yang bersalaman sambil tersenyum ketika sesi latihan di ABM, Bukit Kiara.

"Kedua-duanya kembali mengukir senyuman dan akan berjuang untuk Terbuka Malaysia 2024.

Iklan

"Mereka akan menjadi lebih kuat dan memerlukan antara satu sama lain dalam usaha untuk mencapai impian mereka pada 2024,” catat Rexy dalam hantaran tersebut pada Selasa.

Foto Thinaah (kiri) dan Pearly yang dimuat naik Rexy menerusi Instagram pada Selasa. Foto Instagram Rexy

Sebelum ini, peminat badminton negara membuat spekulasi di media sosial bahawa Pearly-Thinaah bergaduh selepas mereka dilihat seolah-olah tiada persefahaman ketika di gelanggang.

Iklan

Insiden itu berlaku ketika aksi menentang Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan pada pusingan pertama China Masters, bulan lalu.

Kedua-dua pemain itu saling tidak melihat wajah masing-masing serta tiada komunikasi sekali gus mencetuskan persoalan adakah mereka bergaduh sehingga menyebabkan tersingkir seawal pusingan pertama.

Tahun ini bukan musim cemerlang buat Pearly-Thinaah apabila dua kali muncul naib juara iaitu ketika Masters Malaysia dan Terbuka Hong Kong.

Malah mereka juga gagal mempertahankan gelaran Terbuka Perancis yang dimenangi tahun lalu selepas terpaksa menarik diri susulan kecederaan belakang dialami Pearly.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai prospek untuk memenangi pingat pada Sukan Olimpik Paris tahun depan akan membuka tirai cabaran musim 2024 bermula di Terbuka Malaysia dari 9 hingga 14 Januari.