Warner Music, Kaka Azraff sah 'berpisah'

Iklan
Kaka sah ditamatkan kontrak oleh Warner Music.

SETELAH beberapa hari berteka-teki, syarikat rakaman Warner Music mengesahkan akan 'berpisah' dengan penyanyi Kaka Azraff.

Biarpun tidak menyatakan tarikh kontrak bersama Kaka bakal berakhir, syarikat itu dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan tersebut diambil kerana penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian oleh penyanyi itu.

Iklan
Iklan

"Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

"Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, tetapi sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa atau agama, kami akan turut membuat keputusan yang sama,” jelas wakil dari Warner Music.

Iklan

Sebelum ini, seorang sumber terdekat Kaka mendedahkan kontrak bersama Warner Music Malaysia bakal berakhir 31 Disember ini, awal empat bulan daripada perjanjian asal.

Keputusan itu dibuat selepas nama Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, menjadi perhatian dunia setelah identitinya dikongsikan laman Instagram Jew Hate Database selepas Kaka bertindak menghantar mesej langsung (DM) kepada Nathaniel Buzolic, seorang pelakon Australia pro-Israel.

Iklan

Difahamkan, Kaka akan mengadakan satu sidang media malam ini bagi menjelaskan perkara itu.