Pemandu dikejar 28 MPV bawah pengaruh dadah, dikehendaki polis

Iklan
Video tular memaparkan aksi kereta peronda polis mengejar sebuah kereta Perodua Bezza dari Petaling Jaya hingga ke Cyberjaya.

PETALING JAYA - Insiden 28 kereta unit peronda polis (MPV) mengejar sebuah kereta Perodua Bezza, pada Isnin, adalah disebabkan tindakan pemandunya yang bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu lelaki bersama dua lagi penumpang termasuk seorang wanita dilaporkan enggan memberhentikan kenderaan selepas ditahan di Sungai Way, Petaling Jaya, oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Iklan
Iklan

"Suspek lelaki terbabit disyaki memecut kereta dinaiki mereka kerana bimbang akan ditangkap.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu kenderaan itu telah bertindak agresif lalu melanggar anggota URB yang cuba menahannya sehingga mengalami kecederaan.

Mohamad Fakhrudin.

Iklan

"Kita percaya keadaan suspek yang berada di bawah pengaruh dadah menyebabkan dia agresif sehingga berani melarikan diri dengan memandu sejauh 50 kilometer dari Sungai Way sehingga Cyberjaya," katanya.

"Akibat tindakannya yang agresif pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, membuat hebahan bantuan kepada IPD Subang Jaya, Serdang dan Sepang bagi menahan suspek kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan orang awam," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pada masa ini siasatan sedang dijalankan sama ada suspek dalam cubaan hendak melakukan jenayah atau sedang mencari sasaran.

"Pemeriksaan dalam kereta kemudian membawa kepada penemuan pisau, gunting, set sarung tangan, kad pengenalan individu lain dan empat keping kad debit," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu Lelaki serta wanita direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.

Pada Selasa, tular video kenderaan itu dikejar 28 MPV Polis dari empat IPD menerusi pelbagai platform media sosial.