Kontrak ditamatkan: 'Saya anggap ini jihad kecil' - Kaka Azraff

Iklan
KAKA

PENYANYI Kaka Azraff menganggap isu penamatan kontrak lebih awal dengan syarikat rakaman Warner Music ekoran lantang bersuara isu Palestin sebagai jihad kecil.

Enggan melihat ujian tersebut dari sudut negatif, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff itu menegaskan apa yang dilakukan adalah sokongan buat rakyat Palestin dan tidak memberi kesan kepadanya.

Iklan
Iklan

"Saya lihat dari sudut yang positif sebab saya tahu bersama di pihak yang benar. Baru beberapa hari jadi nampak positif sahaja.

"Saya tak nak lihat dari sudut negatif sebab apa yang saya buat adalah untuk saudara kita di sana (Palestin).

Iklan

"Jadi kalau mendatangkan kesusahan sikit, saya anggap ini jihad kecil daripada saya,” katanya.

Kaka berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media berkenaan penamatan perjanjian dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia di sebuah pusat membeli-belah di Mutiara Damansara pada Rabu.

Iklan

Turut hadir dalam sidang media itu adalah suami Kaka, Adam Azriff dan dua peguam iaitu Aidil Khalid serta Abi Mursyidin Awal.

Tambah wanita berusia 34 tahun itu, ujian itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus menyatakan sokongan buat rakyat Palestin.

Pelakon Bukan Hal Aku itu juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyatakan sokongan terhadapnya dalam menghadapi ujian tersebut.

Kaka ditemani dua peguamnya.

"Saya tak akan berhenti di sini kerana ini baru permulaan.

"Saya akan terus cuba berikan yang terbaik dan sentiasa sebarkan positiviti kepada anda,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tindakan Warner Music Malaysia menamatkan kontrak dengan alasan penggunaan bahasa kurang sopan yang dihantar kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, Kaka berkata, dia terkilan kerana tidak diberi ruang untuk berbincang mengenainya terlebih dahulu.

Malah menerusi notis yang dihantar Warner Music pada 1 Disember lalu, syarikat itu tidak menyatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut.

"Jujur saya akui tak terkilan kontrak ditamatkan, cuma kenapa tak diberi peluang berbincang lebih jelas. Malah Warner Music cuma nyatakan saya

"Malah polisi global syarikat tetapi tidak diberi kenyataan yang melarang artis naungan mereka bercakap konflik Palestin-Israel,” jelas Kaka.

Jelas Kaka lagi, mesej langsung (DM) yang dihantar kepada personaliti itu adalah respons kepada video propaganda kejam yang dimuat naik lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Kaka mengakui dia sepatutnya memilih perkataan yang lebih sopan.

"Saya DM dia dalam keadaan sangat marah tapi saya lakukan ia melalui mesej secara langsung bukan mengajak umum membenci dia.

"Ingin saya tegaskan apa saya katakan kepadanya bukanlah kata-kata berunsur kebencian (hate speech), tapi pihak berkenaan menularkan mesej saya untuk menarik perhatian orang ramai dan membuatkan seolah-olah saya nampak bersalah,” katanya.

Baru-baru ini, Kaka menjadi perhatian dunia selepas nama dan profilnya dikongsikan pengendali akaun Instagram Hate Jew Database susulan DM diberikan kepada Buzzolic.