'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi

Iklan
Faizol Najib

PETALING JAYA -"Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam (Selasa) Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini," demikian kata seorang saksi, Faizol Najib Abdul Naim.

Dia bersama empat lagi penduduk Apartment Idaman, Damansara Damai bersama pasukan polis sepatutnya melakukan pencarian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin berusia 6 tahun dari rumah ke rumah.

Iklan
Iklan

Faizol Najib, 45, berkata, dia kemudian melakukan pencarian di kawasan belukar di belakang apartmen berkenaan dan terus ke hujung anak sungai.

"Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai, saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Iklan

Katanya, dia bersama penduduk memeriksa keadaan kanak-kanak terbabit.

Laporan Sinar Harian.

"Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, mangsa lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.

Iklan

"Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis berhubung penemuan kanak-kanak itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mangsa pada jam 10 malam.

Pada Rabu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.36 petang Selasa.

Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.