Menteri Besar ucap takziah kepada keluarga Zayn Rayyan

Iklan
Tangkap layar hantaran Menteri Besar menerusi aplikasi X.

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang disahkan meninggal dunia pada Rabu selepas dilapor hilang sejak Selasa.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di syurga penuh nikmat," kata Menteri Besar menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Iklan

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 9 malam.

Sebelum itu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak jam 12.30 tengah hari pada Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Iklan