Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat

Iklan
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Jenazah Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dijangka sebelum Zuhur pada Khamis.

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba, 55, yang memaklumkan perkara itu berkata, urusan pengebumian bagaimanapun masih bergantung keputusan laporan bedah siasat.

Iklan
Iklan

"Kalau cepat (akan dikebumikan) sebelum Zohor dan urusan pengebumian di bergantung kepada keputusan forensik pagi ini," katanya yang memberitahu mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

Pada Rabu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai kira-kira jam 10 malam.

Iklan

Menurutnya, sungai itu berjarak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula jam 9 malam.

Iklan

Sebelum itu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari pada Selasa, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.