Lelaki maut, Axia dipandu bertembung treler

Iklan
Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung sebuah treler dalam kejadian di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh dekat sini pada Khamis.

SUNGAI BULOH - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung sebuah treler di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 5.13 pagi.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh dekat sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bersama sebuah jentera kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berumur 20 an dipercayai dari arah Kuala Selangor menuju Sungai Buloh sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Iklan

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Menurutnya, kes kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.