Pencarian warga emas terjun kapal dihentikan

Iklan
Lelaki warga Australia yang berusia 62 tahun itu dikatakan sengaja terjun daripada kapal Jewel Norway kira-kira jam 7 malam tadi. - Foto AFP

WELLINGTON - Misi mencari seorang lelaki warga emas yang dipercayai melompat dari sebuah kapal pesiaran di luar pantai Hawke's Bay telah dihentikan hari ini, kata pegawai operasinya.

Menurutnya, tiga helikopter dan dua kapal kontena yang berdekatan telah digerakkan namun gagal menemui mangsa selepas beberapa jam sebelum operasi itu terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca buruk.

Iklan
Iklan

"Lelaki warga Australia yang berusia 62 tahun itu dikatakan telah terjun dari kapal Norwegian Jewel kira-kira jam 7 malam tadi dekat Napier di pantai timur North Island," katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media berita New Zealand, Norwegian Cruise Line berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi menunjukkan lelaki itu sengaja melompat dari kapal itu.

Iklan
Iklan

"Sayangnya, mangsa masih tidak dijumpai. Kami sentiasa berdoa dan berharap keluarga mangsa dalam mengharungi waktu-waktu sukar sebegini," katanya. - AFP.