Onn Hafiz kukuhkan kepimpinan UMNO Johor dan Pusat - Azleen

Iklan
NOOR AZLEEN

JOHOR BAHRU - Pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi UMNO negeri mampu mengukuhkan lagi sinergi di antara kepimpinan kerajaan negeri dan UMNO Johor.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, pelantikan tersebut disambut dalam suasana penuh kerukunan yang menjadi suatu tanda aras ketokohan dalam kepimpinan tertinggi UMNO Johor.

Iklan
Iklan

"Pemuda UMNO Johor menyambut baik pengumuman oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengucapkan tahniah kepada Onn Hafiz atas pelantikan Pengerusi UMNO Johor berkuat kuasa Khamis.

"Berhadapan iklim politik negara yang saban hari diselubungi keberantakan dan pergeseran, UMNO Johor telah menampilkan teladan terbaik sekali gus mengulangi penegasan buat kesekian kalinya bahawa tidak ada yang lebih tinggi dan lebih utama daripada kepentingan Johor.

Iklan

"Dengan permuafakatan yang akan mengukuhkan lagi sinergi di antara kepimpinan kerajaan negeri dan UMNO Johor ini, adalah menjadi harapan bahkan dambaan ramai bahawa ianya akan menjadi pencetus kepada Johor yang maju, stabil dan makmur," ujarnya dalam kenyataan.

Pelantikan Onn Hafiz sebagai Pengerusi UMNO Johor, juga berkuat kuasa serta merta dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di menerusi Facebook.

Iklan

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Johor disandang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Menteri Pendidikan Tinggi sejak Januari lalu.