SAN CRISTOBAL DE LAS CASAS - Sekurang-kurangnya 11 maut dan tujuh yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan van yang membawa pelancong di lebuh raya negeri selatan Mexico, Chiapas semalam.
"Satu siasatan telah dibuka berhubung insiden itu," kata pejabat pendakwa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.