Peruntukan tinggi untuk Sabah sebab masalah lebih banyak - PM Anwar

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran Buhavan Square Penampang. - Foto Bernama.

PENAMPANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan yang diberikan kepada kerajaan Sabah untuk 2024 lebih tinggi adalah disebabkan masalah infrastruktur yang dihadapi di negeri ini.

Menurutnya, Sabah menerima sebanyak RM6.86 bilion peruntukan berbanding Pulau Pinang yang hanya menerima RM1.4 bilion.

Iklan
Iklan

"Ada yang tanya peruntukan di Sabah ini kurang, ada yang kata juga beberapa ahli Parlimen dan bekas-bekas tokoh negara ini mengatakan Pulau Pinang dapat peruntukan lebih tinggi dari Sabah.

"Saya nak kata jangan dengar hujar orang politik tak ikut fakta. Orang politik ini kadang-kadang ikut sentimen, dia nak tarik sokongan rakyat bahawa. Kadang-kadang kenyataan itu diputar belit.

Iklan

"Untuk tahun 2024, bagi projek pembangunan RM6.84 bilion, untuk Pulau Pinang RM1.4 bilion. Tetapi kalau tanya saya kenapa tinggi sangat di Sabah tinggi sebab masalah di Sabah lebih banyak, jalan, sekolah, bekalan elektrik, air semua ini kita harus bantu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan"Wakid” sebagai simbolik perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan di Dataran Buhavan Square Penampang.- Foto Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2023 (HPPK2023) di Buhavan Square, di sini pada Khamis.

Iklan

Katanya, sejak mengambil alih kerajaan beliau telah menambah peruntukan untuk kerajaan Sabah berbanding kepimpinan sebelum ini.

"Jadi orang-orang Semenanjung janganlah bantah tetapi orang Sabah terima kasihlah sedikit, janganlah marah lagi.

"Sebelum ini mereka berkuasa tak tambah pun peruntukan, saya ambil alih satu tahun saya tambah jadi RM5 bilion dua tahun lalu kepada RM6.8 bilion pada 2024.

"Untuk pengurusan RM78 bilion, jadi kalau setahun peruntukan daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah ialah RM16.21 bilion.

"Saya sebutkan ini kerana ia dijadikan mainan politik dan saya harap ia dihentikan. Apa yang patut kita lakukan, cari jalan bagaimana wang itu diuruskan dengan baik," tegasnya.