'Kerjasama Pas-UMNO satu cabaran' - Ahmad

Iklan
Ahmad (tiga dari kiri) memegang Dokumen Induk Membangun Besama Islam selepas pelancaran dilakukan Nassuruddin pada Khamis

KOTA BHARU - Kerjasama semula Pas dan UMNO merupakan satu usaha yang baik namun menjadi cabaran kepada parti itu.

Timbalan Mursyidul Am Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, gabungan berkenaan merupakan harapan Pas sejak dulu kerana mementingkan perpaduan umat Islam.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, Pas suatu ketika dahulu pernah 'menyelamatkan' UMNO dan menjadi satu perkara positif jika semua pihak tahu pentingnya perpaduan antara Melayu dan Islam.

"Usaha bekerjasama itu amat baik tetapi ada cabarannya. Insya-ALLAH, satu perkara yang baik jika semua pihak tahu pentingnya perpaduan Melayu dan umat Islam," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pelancaran Dokumen Induk di sini pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Iklan

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum itu, bekas Menteri Besar Kelantan itu dilantik sebagai penasihat khas Institut Pemikiran Tok Guru Dato' Bentara Setia (IPTG).

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai pencapaian 100 hari Nassuruddin sebagai Menteri Besar, Ahmad yakin pimpinan Kelantan itu mampu memajukan Kelantan.

Tambah beliau, Nassuruddin banyak melakukan kajian masalah yang dihadapi selain memberi tumpuan untuk melaksanakan program untuk rakyat.

"Saya yakin sokongan padu daripada pimpinan kerajaan negeri dan semua agensi boleh membangunkan Kelantan," katanya.