DMDI ambil tanggungjawab, zahirkan solidariti kepada rakyat Palestin

Iklan
Tentera Israel menembak dua ambulans di Semenanjung Gaza yang dikepung pada lewat Ahad menyebabkan tiga orang cedera.

SHAH ALAM - Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Selangor mengambil tanggungjawab secara aktif bagi menzahirkan solidariti kepada rakyat Palestin menggesa serangan tentera Israel yang menyasarkan hospital di Gaza perlu dihentikan segera.

DMDI dalam satu kenyataan berkata, gesaan tersebut bertujuan bagi membolehkan bantuan perubatan yang terjejas teruk akibat konflik melanda Palestin dapat disalurkan.

Iklan
Iklan

"Tentera Israel juga telah menyerang hospital di wilayah konflik dengan menembak peluru hidup, mengebom dan menembak gas pemedih mata,” katanya pada Khamis.

Tambahnya, hospital terbesar di Semenanjung Gaza, Hospital Al-Shifa diserang secara brutal sehingga menyebabkan ribuan mangsa perang yang sedang mendapatkan rawatan meninggal dunia.

Iklan

Katanya lagi, lebih malang apabila tentera Israel telah menyekat segala bantuan seperti bekalan bahan api untuk kegunaan janakuasa elektrik di hospital yang menyebabkan segala rawatan memerlukan bekalan elektrik, tidak berfungsi.

"Ia mengakibatkan ribuan bayi meninggal dunia termasuk pesakit-pesakit lain. Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sejumlah 22 dari 36 hospital di Semenanjung Gaza tidak dapat beroperasi,” ujarnya.

Iklan

Dalam pada itu, DMDI memaklumkan pihaknya akan menganjurkan program ‘Perhimpunan Solidariti Palestin, Selamatkan Hospital, Selamatkan Palestin’ pada 15 Disember bermula jam 5 petang hingga 11 malam.

Program tersebut akan dijalankan di Stadium Kajang, Bandar Kajang, Selangor dengan kehadiran tetamu kehormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam merupakan Presiden Dunia DMD; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Kedutaan Islam dan ramai lagi.

Menurutnya, ‘Tabung Palestin’ dilancarkan untuk mengumpulkan dana yang boleh disalurkan kepada rakyat Palestin seperti ubat-ubatan dan segala peralatan hospital, selain daripada makanan dan sebagainya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam milik DMDI Malaysia, 0404 2010 0112 66.