Syarikat barangan serbaneka, perkakasan tiada lesen didenda

Iklan

KUALA LANGAT - Sebuah syarikat barangan serbaneka dan perkakasan harian terkemuka di sini, didenda RM1,000 atau sebulan penjara, oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Rabu, kerana menjalankan aktiviti perniagaan (perkakasan dan serbaneka) tanpa lesen daripada Majlis Daerah Kuala Langat (MPKL), baru-baru ini.

Seorang pengurus yang hadir bagi mewakili syarikat itu selaku orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Khairul Farhi Yusob.

Iklan
Iklan

Syarikat itu didakwa atas kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKL 2007 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, OKS telah menjalankan perniagaan barangan harian itu, tanpa lesen MPKL di sebuah pasaraya di Persiaran Rimbayu Telok Panglima Garang, di sini.

Iklan

Pendakwaan dalam kes ini, dikendalikan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan bailif, Amir Sadam Jamali.

Sementara itu, menerusi kenyataan media, MPKL menasihati mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan aktiviti perniagaan, supaya mendapatkan lesen perniagaan yang sah daripada MPKL.

Iklan

Menurutnya, tindakan berkenaan perlu dibuat agar mereka tidak dikenakan sabitan undang-undang.

"MPKL juga mengingatkan masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan, sebelum menjalankan aktiviti perniagaan di sini," katanya.