KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurang kepada 1,581 orang daripada 527 keluarga setakat jam 8 malam ini berbanding 2,338 orang daripada 756 keluarga yang direkodkan pagi tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hanya enam pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi berbanding sembilan pada pagi tadi.