‘Pas semakin terdesak’ - Kamil Munim

Iklan
Muhammad Kamil

SHAH ALAM - Pas didakwa semakin terdesak selepas ramai ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan dukungan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kekuatan parti Perikatan Nasional juga semakin melemah kerana tahap keyakinan dunia luar terhadap kerajaan mengukuh di bawah kepimpinan Anwar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pas juga sukar menyerang kerajaan secara dasar kerana angka dan petunjuk ekonomi semakin baik serta pelaburan bertambah di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

"Bagi mereka, ini (pencapaian kerajaan) tidak boleh dibiarkan.

Iklan

"Jika tidak, sokongan mereka akan terus merosot.

"Justeru, menggelarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai munafik, musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel, ia membenarkan pandangan bahawa Pas sebuah parti yang berfikrah (pemikiran) ekstrem,” dakwanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis.

Iklan

Muhammad Kamil yang lebih dikenali sebagai Kamil Munim turut mempersoalkan skrip agama yang kononnya penuh hikmah dan ihsan diulangi parti itu semata-mata untuk menampakkan diri mereka lebih hebat.

"Menyentuh hal berkaitan peruntukan, sejak bila kerajaan Persekutuan melakukan sekatan ekonomi bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas?

"Ia adalah satu fitnah yang sangat dahsyat.

"Dalam hal royalti, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri gagal selama 33 bulan untuk menyelesaikannya ketika berada di pundak (bahu) kuasa.

"Ini fakta yang siapa pun dalam Pas tidak mampu menyangkal,” ujarnya.

Muhammad Kamil juga menyenaraikan bantuan negeri yang bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kedah menerima bantuan sebanyak RM512.1 juta pada 2023 berbanding RM458.1 juta tahun sebelumnya, Kelantan RM351.5 juta (RM331.2 juta); Terengganu RM411.1 juta (RM393.6 juta); dan Perlis RM154 juta (RM138.1 juta).