Tonik terbaik Aniq sambar tiket Olimpik 2024

Iklan
Aniq sifatkan kejayaannya raih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha sebagai dos penggalak buru slot Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto Agensi

JAGUH negara, Mohamad Aniq Kasdan menyifatkan kejayaannya meraih dua pingat pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar sebagai dos penggalak dalam memburu slot Sukan Olimpik Paris 2024.

"Alhamdulillah syukur apabila saya meraih dua pingat di Doha.

Iklan
Iklan

Aniq

"Walaupun sekali lagi berjaya memecahkan rekod kebangsaan, tetapi keinginan saya untuk meningkatkan lagi prestasi masih membara.

Iklan

"Paling penting kejayaan di Doha ini juga secara tidak langsung menambah motivasi saya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya pada Khamis.

Pada Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Aniq tampil cemerlang apabila meraih pingat perak clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) serta gangsa bagi acara keseluruhan.

Iklan

Aniq melakukan angkatan 170 kilogram (kg) bagi clean & jerk dan 126kg dalam snatch, sekali gus merekodkan angkatan keseluruhan 296kg.

Kejayaan itu menyaksikan Aniq memperbaharui rekod kebangsaan, 291kg miliknya sendiri ketika memenangi pingat gangsa Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi pada September lalu.