Juruterbang maut, pesawat ringan terhempas di Maryland

Iklan
Bomba mendapati seorang lelaki terkorban dalam kejadian pesawat ringan yang terhempas di kawasan kejiranan di Maryland semalam. - Foto: AFP

WASHINGTON - Seorang juru terbang terbunuh dalam kejadian pesawat ringan terhempas di kawasan kediaman di Maryland, Washington semalam, kata jurucakap bomba tempatan.

Jurucakap jabatan bomba Prince George's County, Maryland, Mark Brady memberitahu pesawat itu terhempas di kawasan kejiranan di Lanham, timur laut Washington sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang College Park.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa yang terkorban dipercayai juruterbang pesawat terbabit, manakala tiada sebarang kecederaan lain dilaporkan memandangkan tiada maklumat jelas sama ada ada penghuni ketika kejadian itu atau sebaliknya.

Brady berkata, tidak ada maklumat lanjut mengenai identiti juruterbang, punca kemalangan atau model pesawat yang terlibat.

Iklan
Iklan

Foto-foto yang disiarkan oleh sekutu media (Fox) tempatan menunjukkan serpihan bangkai pesawat yang terhempas di atas jalan. -AFP.